Jumat, 17 April 2020

Kisah Hantu - Order Tengah Malam



- Kisah ini berlaku ketika aku menuntut di sekolah berasmara berasrama penuh pada tahun 2000.
Aku seperti biasa, tidaklah nakal, tidaklah baik sgt, orang selalu menggelarkan aku, “eddie gile”. Dalam kegilaan aku, aku tetap study sampai pukul 3 pagi tiap2 hari (dan bgn 630pg eh). Berpakaian shorts sahaja, aku sering ditegur oleh warden2 yg buat rounding, mahu pujian ataupun desakan menyuruhku tido, aku berkeras tiap hari utk menyekang mata, tekad utk belajar dan berjaya dalam SPM.
Pada suatu malam, aku berasa sangat lapar kerana skip makan malam dining hall. Aku membuat pencatuan bersama kawan2 se-dorm. Aku cuma perlu cari 5 order untuk dapatkan percuma satu. Aku target yg percuma je. Setelah dikutip order, aku membuat placing order di pondok telepon berhampiran. Ok, amek kol 245am, kata che nah, kedai makan tepi station keretapi.
Tepat pukul 240am, aku pergi mengejutkan member ku, Kenet untuk menemaniku ambil order melalui kawasan gelap belakang sekolah. Kenet bangun sambil mengosok mata, seraya berkata, kejap aku gi toilet jap. Kerana sifat malas, aku melompat keluar tingkap menghala ke rendezvous point berseorangan sambil menggaru perut yg lapar.
Kenet muncul dari hujung jalan sebelah kanan, memang itu arah toilet. Aku menghampirinya dan berjalan seiringan. Untuk memecahkan kehinangan malam, aku membuka cerita pasal ketidakpuashatian aku terhadap management sekolah. Berkumat kamit aku bercerita, kenet mengangguk tanda setuju. Aku tau die mamai, so biarlah die tak reply pon takpe.
Kerana takut jumpe warden, aku masuk tunggu di dalam bas usang di belakang sekolah bersama Kenet. Suasana sungguh gelap, namun aku tidak risau, aku ade Kenet yg terkenal dgn ke-otai-annya. 10 minit kemudian, muncul mamat runner tu, sambil melambai2 kt aku. Lantas dgn perasaan gembira, aku berlari keluar bas mencapai order tersebut dan membuat pembayaran.
Baru je nak blah, aku teringat Kenet masih di dalam bas. Kelihatan dari tingkap Kenet sedang nyenyak tidur bersandar kt tingkap. Pang-pang-pang, aku ketuk body bas utk mengejutkan Kenet. Kenet terjage lalu mengangkat jari telunjuk ke bibirnya, menyuruhku diam skit.
Sekali lagi, kerane takut warden, aku membuat pemantauan simple, OK line clear. Kite bole lari balik dorm. Kenet pada ketika itu sudah turun dari bas, berada di sisiku. Aku berlari anak tanda tak sabar nak pelahap nasi goreng daging merah dengan teh ais sejuk lesi.
Separuh jalan, aku nampak silhouette makhluk pendek dari cahaya tingkap dorm ku. Aku mengira dari kiri, kemudian dari kanan, untuk confirmkan ini tingkap aku. Betul-la ni tingkap aku, tetapi apsal Kenet ade kat tingkap aku? Aku pusing ke belakang dan kelihatan Kenet sedang dgn machonya berjalan ke arah dorm dari bas. Shit! Mane satu Kenet betul ni?
Aku tetap maintain, name pemain rugby kan, mesti kene control padahal rase macam nak lari 100m olimpik je. Kalau lari, mau terburai nasi2 tu. Aku perlahan2 menghampiri tingkap aku, dalam hati ku, biarlah ni Kenet tipu pon, janji aku sampai dorm aku. Dengan tangan penuh dengan order, aku menyuruh Kenet ke tepi, eceh, mesti tunjuk skill aku boleh lompat masuk tanpa memegang apa2.
Aku masuk je dorm, aku terus ke katil aku.. apa lagi terus selubung. Kenet tecengang dgn tindakan aku, die terus duduk di sudut katilku. Dalam selimut ketakutan bersama order2, aku membaca 3 Qul. Setelah selesai, aku perhatikan Kenet ikut sipi2 selimut, Kenet masih di situ sambil membace komik Wira Tunggal, muke bengkek je. Kenet bertanye, apsal ko tak tunggu aku Eddie? Kan aku cakap aku nak gi berak dulu.
Pada ketika itu, budak lain pon dah terjaga, termasuk Iqhbal katil atas aku kerana bau Nasi Goreng Daging Merah. Mereka menghampiri katil ku, lalu aku menghulurkan order tersebut dari celahan selimut aku. Aku jugak menyuruh Iqhbal makan aku punye share, esok bayar balik. Aku terus tido dalam keadaan lapar sampai esok pagi (kesian wa ckp lu).
Pagi esoknya aku menceritakan kisah aku kepada Kenet. Kenet Otai, memesan kepada ku, lain kali Eddie kite pergi amek 3 org. Sejak dari hari itu, Mae atau Yam (atau sesape je) akan menjadi orang ke-3. Sejak dari hari tu, setiap kali aku makan nasi goreng daging merah, aku akan terigt kisah ni.

Sumber